SOALAN TUTORIAL MINGGU 4:
Bincangkan Implikasi terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia
Jika dilihat secara keseluruhan, falsafah pendidikan kebangsaan lebih mirip
dengan falsafah pendidikan rekonstruktivisme. Kedua-duanya menekankan matlamat
pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat
keharmonian dan kemakmuran.
Oleh sebab falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan falsafah
progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri
progresivisme dan pragmatisme. Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum bersepadu
sekolah rendah dan menengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik dan
kaedah inkuiri-penemuan serta strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar
memperolehi i lmu pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu. Di dalam
tempat belajar, sekolah merupakan masyarakat kecil yang bercorak demokratik,
membolehkan pelajar berinteraksi, bekerja dan hidup secara berkumpul. Selain
daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum sekolah pula
merangkumi pendidikan teknik dan vokasional, iaitu mata pelajaran yang pula
dititikberatkan mengikut tafsiran falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme.
Dari segi pandangan tokoh Barat terhadap pendidikan, terdapat beberapa
persamaannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Antaranya ialah:
1. Plato(427-347 SM)
Pendidikan merupakan satu proses untuk membentuk individu yang
berakhlak mulia.
2. Aristotle(384-322 SM)
Tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara segala peluang
untuk mencapai kebahagiaan hidupnya.
NAMA
: GRIFFEN ANAK ENCHARANG
NO.KAD PENGENALAN
: 880228-52-6227
MATA
PELAJARAN
: EDU 3101 – FALSAFAH DAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
JABATAN
: ILMU PENDIDIKAN
3. Jean Jacques Rousseau(1712-1778)
Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan dan bermula dari masa
kanak-kanak kecil.
4. Maria Montessori(1870-1952)
Pendidikan sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek,
jasmani, roha