SOALAN TUTORIAL MINGGU 6:
Menghasilkan penulisan refleksi berkenaan implikasi terhadap perkembangan
pendidikan di Malaysia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni
dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para
pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi buah mulut masyarakat umum pada
tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita.
Justeru, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah berteraskan nilai-nilai
dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah membawa implikasi-
implikasi seperti yang dihuraikan berikut kepada sistem pendidikan kita.
1. Implikasi terhadap kurikulum
Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah
Pendidikan Negara. Ini meliputi:
Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program
bersepadu.
Perubahan
bahan-bahan
pelajaran
yang mengutamakan
nilai-nilai
murni diserapkan ke dalam semua mata pelajaran.
Perubahan program pendidikan yang berorientasikan ke arah
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah
pendidikan umum.
Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran
pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
NAMA
: GRIFFEN ANAK ENCHARANG
NO.KAD PENGENALAN
: 880228-52-6227
MATA
PELAJARAN
:EDU 3101 – FALSAFAH DAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
JABATAN
: ILMU PENDIDIKAN
2. Implikasi terhadap pendidik
Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar
dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini termasuk:
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan
visi yang positif
terhadap tugasnya untuk mepealisasikan tujuan dan
cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perubahan profesional dengan