PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN /
KERTAS KERJA
PENGENALAN
Apa itu Rancangan Perniagaan
Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang
hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.
Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus.
Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?
1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan
terperinci.
2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.
3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber
perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.
4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk
pelaburan atau pembiayaan.
5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa
melaksanakan projek perniagaan terbabit.
Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?
1. Usahawan/Penternak
- Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.
- Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.
- Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.
2. Institusi Kewangan/pelabur
- Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman,
skim khas atau pelaburan rakan kongsi.
3. Pembekal
- Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan
pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.
4. Kakitangan
- Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya
pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan
mereka.
5. Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)
- Untuk meyakinkan pihak-pihak