Global Documents provides you with documents from around the globe on a variety of topics for your enjoyment.Global Documents utilizes edocr for all it's document needs due to edocr's wonderful content features. Thousands of professionals and businesses around the globe publish marketing, sales, operations, customer service and financial documents making it easier for prospects and customers to find content.
<p>HEBAHAN: CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM PINDAH
KREDIT BAGI GRADUAN PERUBATAN DARI INSTITUSI TIDAK
DIIKTIRAF KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TEMPATAN
1.
Sebagaimana termaktub di dalam Akta Perubatan 1971, sesiapa yang ingin
mengamal profesyen perubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Majlis Perubatan
Malaysia (MPM);
2.
Bagi melayakkan pendaftaran, mereka perlu memiliki ijazah asas perubatan yang
diiktiraf seperti yang tersenarai di dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971 atau lulus
peperiksaan kelayakan perubatan yang ditetapkan di bawah Akta tersebut;
3.
Bagi membantu graduan perubatan dari institusi yang tidak diiktiraf diterima
mendaftar dan membolehkan mereka mengamal profesyen perubatan secara sah dari
segi undang-undang dan telah kehabisan peluang menduduki Peperiksaan Kelayakan
Perubatan, pelbagai pendekatan telah dilaksanakan sejak tahun 2004;
4.
Diatas keprihatinan YB Menteri Kesihatan, Kabinet Jemaah Menteri dengan hasrat
murni telah bersetuju pada 19 Disember 2008:
a. Membenarkan tempoh bagi graduan perubatan membuat pindah kredit dilanjutkan
dari 31 Disember 2008 ke 31 Disember 2009;
b. membenarkan semua graduan perubatan dari institusi yang tidak diiktiraf yang
bergraduat sebelum 31 Disember 2008 (walau sudah kehabisan peluang
menduduki peperiksaan kelayakan perubatan dibawah Akta Perubatan 1971)
memanfaatkan kelonggaran pindah kredit ke institusi yang diiktiraf bagi mengikuti
pengajian selama 18 bulan sebelum menduduki peperiksaan tahun akhir pengajian
sarjana muda perubatan di institusi berkenaan;
c. Keistimewaan pindah kredit ini hanya terhad kepada institusi pengajian tinggi
yang diiktiraf sahaja;
d. Suatu kursus bimbingan terancang selama 18 bulan akan disediakan oleh pihak
institusi tempatan yang menerima mereka di dalam program pindah kredit; dan
e. Peluang ini diberikan secara one-off sahaja.
5.
Lanjutan dari itu, suatu kajian sedang dilakukan oleh Majlis Perubatan Malaysia bagi
mempastikan jumlah graduan yang