RINGKASAN EKSEKUTIF
• Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih dan juga ladang
cendawan. Walaupun teknik penanamannya telah berjaya dicuba di Malaysia
sejak tahun 1934, tetapi pertumbuhan industri ini adalah lembap.
• Cendawan jerami padi, tiram putih, tiram kelabu, abalon, telingan kera dan
juga shitake merupakan jenis-jenis cendawan yang sesuai ditanam di
Malaysia. Buat masa ini semua jenis cendawan tersebut diusahakan secara
komersial kecuali cendawan jerami padi.
• Antara masalah-masalah yang terlibat dalam perusahaan cendawan ialah
kedapatan benih yang baik, pengurusan ladang yang kurang baik, penerimaan
produk, ketahanan produk, persaingan, harga media dan harga jualan yang
tinggi
• Pada keseluruhannya perusahaan benih dan ladang cendawan merupakan
perusahaan yang berdaya maju. Walaubagaimanapun, kejayaan sesuatu
perusahaan bergantung rapat dengan lokasi, cara pengurusan, dan juga cara
mempromosi produk.
1.0 PENGENALAN
Bidang pertanian merupakan satu bidang yang menjadi tumpuan kerajaan
dalam menjana ekonomi negara. Sebagai menyahut seruan kerajaan, saya telah
bersepakat untuk menjadikan bidang pertanian sebagai satu kerjaya. Walaupun saya
mempunyai kelulusan sehingga ijazah dalam bidang kejuruteraan, ianya tidak
menghalang saya untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Walaupun sesuatu yang
baru, ianya tidak akan melunturkan semangat saya untuk meneruskan usaha ini.
Ramai graduan seperti saya telah berjaya dalam bidang pertanian.
Untuk itu, saya memilih untuk mengusahakan tanaman cendawan. Ini adalah
kerana, masih tiada pengusaha yang menceburkan diri dalam bidang ini secara besar –
besaran khususnya di negeri Terengganu. Antara lima jenis cendawan yang biasa
diusahakan, cendawan tiram kelabu adalah menjadi pilihan saya. Ini adalah
disebabkan cendawan tersebut rasanya sedap berbanding dengan cendawan-cendawan
lain yang seharga dengannya. Selain itu, pengguna juga kurang meminati cendawan
tiram putih kerana mengandungi terlampau ban