REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
REKABENTUK LAMAN
WEB CARA MUDAH
“Satu Warga Satu Homepage”
Oleh :
Norazman Abu Sahir
Digital Reader.com
http://www.digital-reader.com
1
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
KATA-KATA ALUAN
Buku elektronik Siri Pengenalan “Rekabentuk Laman Web” Cara Mudah
ini dihasilkan berdasarkan pemerhatian bahawa kurangnya rujukan mengenai
topik tersebut yang boleh didapati di dalam Bahasa Malaysia. Selain dari itu buku
ini juga ditulis supaya ianya sesuai digunakan oleh setiap individu khususnya
pelajar sekolah (rendah, menengah & IPT), ibu-bapa yang berminat, malahan
individu dari sektor Industri Kecil dan Sederhana. Kandungannya yang tidak
terlalu teknikal dan olahan yang ringkas, mudah difahami serta menjurus terus
kepada perbincangan yang penting dan praktikal menjadikannya satu rujukan
lengkap & padat bagi mereka yang baru ingin mengenali bidang ini. Justeru itu
pengalaman di bidang IT bukanlah suatu keperluan. Malah setiap orang
seharusnya mampu mencuba dan mempraktikkan isi kandungan yang diajar.
Buku dan rekabentuk laman web ini boleh dijadikan aktiviti cuti sekolah
bagi golongan pelajar malah sesuai dimanfaatkan sebagai satu alternatif
pengisian waktu lapang. Dengan terhasilnya buku ini adalah diharap dapat
membantu meningkatkan kadar celik Internet di kalangan masyarakat Malaysia
dan secara tidak langsung memperkayakan lagi Dunia Siber dengan informasi
bercirikan tempatan. Kini anda, keluarga malah organisasi anda sendiri boleh
berasa bangga memiliki laman web sendiri. “Satu Warga, Satu Homepage”.
Norazman Abu Sahir
15 Sep 2002
2
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
Khas buat :
Allahyarham Ayahanda,
Ibunda,
Isteri tersayang,
Norazim Norazman & bakal adik
3
REKABENTUK LAMAN WEB