STPM/S922
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(STPM)
KESUSASTERAAN MELAYU
Sukatan Pelajaran
dan Soalan Contoh
Sukatan pelajaran ini digunakan bagi peperiksaan tahun 2004 dan tahun-tahun
seterusnya sehingga diberitahu.
Walau bagaimanapun, teks kajian yang digunakan mungkin berubah dari
semasa ke semasa dan calon dikehendaki menghubungi Majlis Peperiksaan Malaysia,
nombor telefon 03-61369663 untuk maklumat terkini.
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
KANDUNGAN
Sukatan Pelajaran 922 Kesusasteraan Melayu
Halaman
Matlamat
1
Objektif
1
Kandungan
1
Huraian Sukatan Pelajaran
2 - 22
Bentuk Peperiksaan
23
Teks Kajian
24
Senarai Rujukan
25 - 26
Soalan Contoh Kesusasteraan Melayu (922) STPM:
Kertas 1 (Kesusasteraan Melayu Tradisional)
27 - 33
Kertas 2 (Kesusasteraan Melayu Moden)
34 - 41
1
1
SUKATAN PELAJARAN
922 KESUSASTERAAN MELAYU
Matlamat
Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan pelajar tentang
Kesusasteraan Melayu melalui pemelajaran sejarah, teori, kritikan, dan genre sastera. Sukatan
pelajaran ini bertujuan untuk menyuburkan pertumbuhan dan perkembangan rohani pelajar menerusi
penghayatan karya-karya pilihan yang berfungsi sebagai cerminan kehalusan seni, budi, pemikiran,
intelek, penyataan rasa, dan budaya bangsa Melayu.
Objektif
Objektif sukatan pelajaran ini ialah untuk membolehkan pelajar
(a) memahami konsep asas kesusasteraan;
(b)
mengenali, mendalami, dan menghargai pelbagai jenis dan sifat kesusasteraan Melayu;
(c) mengetahui suasana zaman, persekitaran sosial, latar masyarakat, dan pemikiran yang
menghasilkan kesusasteraan;
(d) mengesan dan mengambil iktibar nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang terungkap
dalam kesusasteraan;
(e) menguasai kaedah penghayatan seni sastera;
(f) menguasai keindahan gaya bahasa sastera;