1. Kurikulum
Kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada 'laluan dalam sesuatu
pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataan kurikulum adalah berkait rapat
dengan perkataaan 'laluan atau laluan-lauan'. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk
kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu 'apa itu persekolahan'. Ahli
progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang
kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan masyarakatan dan
strategi-strategi pengajaran.
o Frank Bobbit (1918), dalam buku 'The Curriculum' menghuraikan kurikulum
sebagai :
1. keseluruhan pengalaman, yang tak terarah dan terarah, terumpu kepada
perkembangan kebolehan individu atau
2. satu siri latihan pengalaman langsung secara sedar digunakan oleh sekolah
untuk melengkap dan menyempurnakan pendedahannya. Konsep beliau
menekankan kepada pemupukan perkembangan individu melalui segala
pengalaman termasuk pengalaman yang dirancangkan oleh sekolah.
o
John Dewey (1902,halaman 5) dalam bukunya 'The Child and The Curriculum'
merujuk istilah kurikulum sebagai “pengajian di sekolah dengan mengambil
kira kandungan dari masa lampau hingga masa kini'. Pembentukan kurikulum
menekankan kepetingn dan keperluan masyarakat. Beliau selanjutnya
menghuraikan konsep ini dalam bukunya 'Democracy and Education' (1916,
halaman 125). Dewey menyatakan bahawa skema kurikulum harus mengambil
kira penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti; ia harus
membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masa
depan akan menjadi lebih baik dari masa lampau. Di sini, elemen
rekonstruksionism social dapat dikesan dengan melihat kea rah mana keperluan
masyarakat diletakkan sebagai objektif utama, tanpa menafikan kepentingan
individu.
Diantara lain definisi kurikulum adalah seperti berikut :
•
urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan
bertindak (Valiga, T & Magel