Loading ...
Global Do...
News & Politics
1140
0
Try Now
Log In
Pricing
<p>BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN PARAS 5 BLOK J (SELATAN) PUSAT BANDAR DAMANSARA Telefon: 2556900 50604 KUALA LUMPUR Kawat: 'PENDIDIKAN' ___________________________________________________________________________ KP(BS)8591/Jld.III(9) 10 Mac, 1988. Sernua Pengarah Pendidikan Negeri. Y.B Datuk/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1988: Penyertaan pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan Kementerian Pendidikan sentiasa menggalakkan penyertaan para pelajar dalam apa juga aktiviti sukan dan memperakukan bahawa sukan sememangnya penting untuk membina ketahanan diri dan kesihatan di samping memupuk perkembangan jasmani, rohani dan emosi pelajar-pelajar. Di samping itu, sukan sebagai sebahagian dari kegiatan ko-kurikulum yang diwajibkan di sekolah-sekolah, adalah juga merupakan satu-satunya saluran yang berkesan bagi memupuk persefahaman dan perpaduan di kalangan para pelajar. 2. Selain dari Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), pelbagai pertandingan dan kejohanan sukan untuk pelajar-pelajar mengikut peringkat umur juga diadakan oleh Persatuan atau Badan Induk Sukan sama ada secara persendirian atau pun dianjurkan bersama dengan MSSM. Ada kalanya pemilihan juga dibuat dari kalangan pelajar untuk membentuk pasukan yang akan mewakili negeri/negara ke pertandingan dan kejohanan peringkat kebangsaan/antarabangsa. 3. Usaha Persatuan atau Badan Induk Sukan itu untuk memajukan sukan di negara ini amatlah dialu-alukan serta wajar diberi sokongan. Akan tetapi satu gejala yang kurang diingini ialah apabila penyertaan pelajar-pelajar dalam pertandingan atau kejohanan tersebut termasuk ketika menjalani latihan, tidak diketahui atau di luar pengetahuan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri. Hal ini perlu diperbetulkan kerana keperluan-keperluan tertentu harus dipenuhi sebelum seseorang pelajar itu dibolehkan mengambil bahagian. 4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan utnuk mempastikan bahawa keperluan-keperluan berikut dipenuhi sebelum pelajar-pelajar dibenarkan mengambil bahagian dalam mana-mana pernilihan, latihan, pertandingan. dan kejohanan sukan anjuran pihak luar (secara bersendirian atau dianjurkan bersama dengan MSSM), supaya kepentingan, kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar sentiasa terjaga. i. Pemilihan, latihan, pertandingan atau kejohanan yang akan disertai oleh pelajar itu diketahui oleh pengetua sekolah yang berkenaan dan dipersetujui oleh Pengarah Pendidikan Negeri. ii. Persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga yang membenarkan pelajar mengambil bahagian dalam pemilihan. latihan, pertandingan atau kejohanan pada tarikh, tempat dan masa yang tetapkan. iii. Penyertaan dalam pemilihan, latihan, pertandingan atau kejohanan anjuran badan luar atau dianjurkan bersama dengan MSSM itu tidak akan mengganggu atau menjejaskan persekolahan pelajar. iv. Perlindungan insuran dan langkah-langkah kecemasan untuk pelajar ada disediakan. 5. Setakat mana yang boleh, adalah disarankan supaya pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam pemilihan, latihan, pertandingan atau kejohanan sukan anjuran pihak luar (secara bersendirian atau dianjurkan bersama dengan MSSM) diawasi oleh guru pembimbing dari sekolah pelajar yang berkenaan. Langkah ini adalah wajar sebagai usaha sekolah untuk mengikuti dengan dekat perkembangan yang berlaku ke atas pelajar-pelajar serta menentukan bahawa pelajar-pelajar terhindar dari kelakuan atau pengaruh yang tidak diingini. 6. Jasa baik Y.B Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk menyampaikan Surat Pekeliling ini kepada sernua sekolah di bawah jagaan Y.B Datuk/Tuan/Puan bagi makluman guru- guru dan pelajar-pelajar. Sekian, terima kasih. 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' Saya yang menurut perintah, b.p Ketua Setiausaha, Kementerian Pendiclikan Malaysia. s.k 1. Y.B. Sdr. Anwar bin Ibrahim Menteri Pendidikan Malaysia. 2. Y.B Encik Woon See Chin Timbalan Menteri Pendidikan. 3. Y.B. Dr. Leo Michael Toyad Timbalan Menteri Pendidikan. 4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Ketua Pengarah Pendidikan Kernenterian Pendidikan Malaysia. 6. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pendidikan Malaysia. 7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I, Kementerian Pendidikan Malaysia. 8. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia. 9. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia. 10. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia. 11. Ketua Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia. </p>