Loading ...
Global Do...
News & Politics
281
0
Try Now
Log In
Pricing
<p>KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN KEWANGAN ARAS 6, 7 & 8, BLOK E12 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Telefon :03-88846000 62604 PUTRAJAYA Fax.No :03-88847679 Ruj. Kami : KP.1574/44/C(52) Tarikh : 7 Julai 2006 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Pendidikan Teknikal) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Pendidikan Khas) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ( Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan) Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri Pegawai Pelajaran Daerah Pegawai Pelajaran Daerah Kecil Tuan, SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 2/2006 KADAR BARU PERUNTUKAN KOKURIKULUM KEPADA SEKOLAH Surat Pekeliling Kewangan ini bertujuan untuk memaklumkan kadar baru bagi peruntukan kokurikulum ke Sekolah Rendah, Menengah dan Pendidikan Khas mulai tahun 2006. 2. Sebagaimana maklum peruntukan yang diturunkan ke sekolah adalah berdasarkan kiraan pukal. Setiap Sekolah Rendah Gred A menerima peruntukan berjumlah RM2,500.00 manakala Sekolah Rendah Gred B menerima RM1,500.00 . Sekolah Menengah termasuk Sekolah Berasrama Penuh menerima peruntukan RM6,000.00 setiap sekolah, manakala Sekolah Menengah Teknik menerima peruntukan berdasarkan permohonan dan justifikasi yang dikemukakan oleh sekolah masing-masing kepada Jabatan Pendidikan Teknikal. KADAR BARU 3. Mulai tahun 2006, peruntukan kokurikulum kepada semua sekolah dibayar secara per kapita, manakala bagi Sekolah Rendah yang mempunyai enrolmen 150 orang murid dan ke bawah akan diberikan peruntukan secara pukal. 4. Kadar yang diluluskan adalah seperti berikut: 4.1 Sekolah Rendah (harian/Sukan/Agama) (i) 151 murid dan ke atas - RM10.00/seorang (ii) 101 murid 150 murid - RM1,500/sekolah (iii) 51 murid - 100 murid - RM1,000/sekolah (iv) 1 murid - 50 murid - RM500 / sekolah 4.2 Sekolah Menengah - RM 12.00/seorang (Harian/Sekolah Berasrama Penuh/Teknik/Agama/Sukan) 4.2 Sekolah Pendidikan Khas kekal menggunakan kadar sedia ada iaitu RM5,000.00 bagi Sekolah Rendah dan RM 10,000.00 bagi Sekolah Menengah. LEBIHAN PERUNTUKAN 2006 TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN 5. Sehubungan ini juga Jawatankuasa Pemantapan Program Kokurikulum Kementerian Pelajaran yang bermesyuarat pada 21 April 2006, telah memutuskan jika terdapat lebihan peruntukan yang telah diagihkan pada tahun 2006 melebihi kadar kelayakan seperti di para 4 di atas, sekolah berkenaan tidak perlu mengembalikannya semula. Walau bagaimanapun permohonan peruntukan bagi tahun 2007 dan seterusnya hendaklah dibuat berasaskan kepada kadar yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling ini. TUNTUTAN PELARASAN 6. Enrolmen yang ditetapkan bagi tujuan pelarasan bagi tahun 2006 ialah berdasarkan enrolmen murid pada 30 April 2006 dan bagi tahun 2007 dan seterusnya hendaklah berdasarkan enrolmen pada 1 Oktober tahun sebelum. 7. Tuntutan Pelarasan hendaklah dibuat seperti berikut: 7.1 Pertambahan Murid (i) Sekolah-Sekolah PTJ dan bukan PTJ di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan yang telah melaksanakan sistem geran, yang mengalami pertambahan murid sekurang- kurangnya 5% atau 100 murid (mana yang lebih rendah) berbanding enrolmen murid pada tarikh asas tuntutan hendaklah memohon peruntukan tambahan kepada Bahagian Kewangan melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing. (iv) Tuntutan tambahan ini perlu dikemukakan ke Bahagian Kewangan selewat-lewatnya pada 30 Ogos tahun semasa dan permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan diberi pertimbangan. 7.2 Pengurangan Murid (i) Sekolah-sekolah PTJ dan bukan PTJ di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan yang telah melaksanakan sistem geran, yang mengalami kekurangan murid sekurang- kurangnya 5% atau 100 murid (mana yang lebih rendah) berbanding enrolmen murid pada tarikh asas tuntutan dikehendaki mengembalikan lebihan peruntukan kepada Ketua PTJ atau JPN masing-masing. (iv) Ketua PTJ atau JPN perlu mengembalikan lebihan peruntukan tersebut kepada Bahagian Kewangan selewat-lewatnya pada 30 Ogos tahun semasa atau diselaraskan ke dalam buku vot Ketua PTJ atau JPN masing-masing bagi tujuan tuntutan perintukan tambahan oleh sekolah yang mempunyai pertambahan murid. BAKI PERUNTUKAN TAHUN SEMASA 8. Peruntukan Kokurikulum yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan sepenuhnya pada tahun semasa. Sekiranya sekolah mempunyai baki peruntukan pada akhir tahun semasa, sekolah hendaklah mengembalikan baki tersebut kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selewat-lewatnya pada 31 Januari tahun berikutnya dengan mengkreditkan ke akaun bank terimaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) menggunakan kod hasil terimaan balik bayaran tahun-tahun lalu (81101). Baki peruntukan tersebut hendaklah dikembalikan mengikut kaedah seperti dalam jadual di bawah: PERKARA KAEDAH Sekolah-sekolah PTJ dan bukan PTJ yang melaksanakan Sistem Geran Sekolah mengemukakan cek kepada Ketua PTJ / JPN / PPD / PPG / PPDK berkenaan untuk dikreditkan ke akaun bank terimaan JANM. BAKI TERKUMPUL SEBELUM TAHUN 2006 9. Sekiranya baki terkumpul peruntukan kokurikulum bagi tahun 2005 dan tahun-tahun sebelumnya tidak dibelanjakan sehingga 31 Disember 2006, sekolah hendaklah mengembalikan baki tersebut kepada KPM seperti dalam jadual di para 8 selewat-lewatnya pada 31 Januari 2007 dengan menggunakan kod hasil terimaan balik bayaran tahun-tahun lalu (81101). TARIKH KUATKUASA 10. Surat Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 01 Januari 2006. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "TINGKATKAN PRODUKTIVITI KURANGKAN KOS" Saya yang menurut perintah, (MIMI HAJI ISMAIL) Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia s.k: Ketua Setiausaha Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) Akauntan Negara Jabatan Akauntan Negara Malaysia Pengarah Jabatan Akauntan Negara Cawangan Pengarah Bahagian Sekolah Setiausaha Bahagian Bahagian Audit Sekolah </p>