<p>Ref: K.P. 8590-SJl/(84)
Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur 01-34
3hb September, 1976
Semua Pengarah Pelajaran
Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisa.s Bil. 10/1976
Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan
S.R.P / L.C.E. (termasuk Sabah / Sarawak Junior
Certificate Examination) bagi Murid-Murid
Tingkatan III - Garis Panduan.
Adalah dimaklumkan bahawa cuti sekolah penggal ketiga bagi tiap-tiap tahun lazimnva
bermula kira-kira tiga atau empat minggu selepas tamatnva Peperiksaan S.R.P./L.C.E.
bagi tahun itu. Sepatutnva kerja sekolah dalam tempoh sebelum cuti sekoIah penggal
ketiga itu hendaklah diplankan seperti biasa bagi semua kelas menengah termasuk
kelas-kelas Tinqkatan III.
2. Sebagaimana tuan sedia maklum, lazimnya sukatan pelajaran bagi matapelajaran-
matapelajaran Tingkatan III telah habis diajar sebelum Peperiksaan S.R.P./L.C.E. itu.
Akibatnva, selepas tamat peperiksaan, guru-guru berasa sukar tentang perkara apa yang
hendak diajar dan juga bagaimana hendak menarik minat murid-inurid mereka terhadap
pelajaran. Oleh hal yang demikian, adalah difikirkan perlu bagi tiap-tiap guru besar dan guru
yang menghadapi masalah ini merancang kegiatan-kegiatan yang menarik dan menyeluruh
khusus untuk murid-murid Tingkatan III mereka.
3. Tujuan Surat Pekeliling ini ialah untuk memberi panduan kepada guru besar yang terlibat
tentang kegiatan-kegiatan dan jadual waktu sekolah bagi murid-murid Tingkatan III supaya
mereka dapat mengatur dan melaksanakan rancangan yang sesuai mengikut kemampuan
dan kemudahan vang ada di sekolahnya. "Garis Panduan Kegiatan dan Jadual Waktu
Sekolah untuk Tingkatan III" ini adalah terkandung dalam Lampiran A kepada Surat
Pekeliling ini. Dalam usaha menyusun dan melaksanakan rancangan ini,guru besar yang
berkenaan adalah diingatkan bahawa:-
(i) Rancangan bagi sekolahnya hendaklah disediakan dengan lengkap yang menun-
juk