Loading ...
Global Do...
News & Politics
288
1
Try Now
Log In
Pricing
<p>Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian, Leboh Pasar Besar, Telefon 922066 Kuala Lumpur. Kawat 'PELAJARAN' ________________________________________________________________________ KP(BS) 8591/Jld.II/(23) 1hb. Jun, 1984. Pengarah Pelajaran Negeri, Seluruh Malaysia. Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1984 Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan Di Sekolah-Sekolah SekoIah-sekoIah lazimnya membuat persembahan-persembahan kebudayaan dalam majlis-majlis yang diadakan untuk sesuatu peristiwa penting, misalnya Hari Penyampaian Hadiah, Hari Ibu Bapa, meraikan lawatan pembesar negeri atau orang-orang kenamaan, atau juga sebagai kemuncak kepada aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan. Ada juga sekolah-sekolah yang mengadakan persembahan sebagai persediaan menyertai sesuatu pertandingan . Adalah didapati bahawa setengah-setengah persembahan itu tidak sesuai bagi murld-murid dan tidak selaras dengan aspirasi negara. 2. Supaya aktiviti-aktiviti kebudayaan di sekolah-sekolah dapat dijalankan dengan lebih berfaedah dan bersesuaian pula dengan keperluan dan hasrat negara maka Surat Pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan memberi garis panduan mengenai aktiviti-aktiviti kebudayaan di sekolah-sekolah yang seharusnya diperhati dan dipatuhi o1eh Guru-guru Besar dan Guru-Guru. 3. GARIS PANDUAN AKTIVITI-AKTIVITI KEBUDAYAA-N DI SEKOLAH-SEKOLAH 3.1 Adalah digalakkan supaya murid-murid didedahkan kepada Bidang-bidang kesenian berikut: i) BAHASA DAN KESUSASTERAAN : Penghayatan dan penglibatan dalam kegiatan-kegiatan puisi dan prosa seperti sajak, syair, penulisan esei dan kegiatan-kegiatan penulisan kreatif, pemikiran dan keiImuan melalui forum, perbahasan, dan sebagainya. ii) SENI TAMPAK/ SENIHALUS : Bidang-bidang pertukangan tangan, seni ukur, seni hias, seni khat, seni lukis, seni foto, seni tembikar, tekat-menekat, suIam-menyulam, tenunan dan anyaman. iii) SENI MEMPER- TAHANKAN DIRI : Silat. iv) PERMAINAN TRADISI : Gasing, Congkak, Wau. 3.2 Di mana dijalankan kegiatan SENI LAKON ATAU SENI PENTAS, maka kesenian tradisi rakyat asal rantau ini dikehendaki diutamakan:- i) NYANYIAN/ SENI SUARA: Nyanyian tradisi rakyat seperti Iagu-Iagu rakyat (misalnya: Rasa Sayang. Lenggang Kangkong). Lagu-lagu asli (misalnya: Dendang Sayang. Tudung Periok), Nasyid,Kasidah, Marhaban, Hadrah. Lagu-Iagu Tanahair dan patriotik seperti Tanah Pusaka, Putera Puteri, Perajurit Tanah Air. ii) MUZIK : Membina penghayatan muzik melalui Muzik Tradisi seperti Gamelan, muzik Wayang Kulit, Kompang, Ghazal. iii) SENI LAKON/ TEATER : Senilakon / teater bercorak tradisi/kelasik seperti Makyong, Bangsawan, Boria. Teater semasa / kontempra seperti dramatari, drama moden, purbawara. iv) SENITARI : Tarian tradisi kebangsaan seperti inang, zapin dan joget. Tarian yang bersifat wilayah budaya seperti kuda kepang, canggung, sumazau dan datun julud. 3.3 Bidang kesenian yang hendak diketengahkan dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi hendaklah semestinya berlandaskan kepada prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan. 3.4 Mana-mana unsur kesenian asing hanya boleh dipersembahkan dalam majIis-majlis dan upacara-upacara sekolah setelah disesuaikan dengan prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan. 3.5 Penglibatan murid-murid berbilang kaum dalam satu-satu aktiviti kesenian hendaklah digalakkan di mana asas pertimbangan utama ialah untuk memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum serta menyerapkan ciri-ciri keperibadian kebangsaan. 3.6 Sekolah-sekolah hendaklah melarang murid-murid dari mempersembahkan unsur-unsur budaya massa yang tidak terkawal seperti tarian disko, hippism dan lain-lain unsur baru pengaruh asing dari semasa ke semasa yang tidak sesuai dan bercanggah dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. 3.7 DALAM MENJALANI AKTIVITI-AKTIVITI KEBUDAYAAN UMUMNYA DAN AKTIVITI-AKTIVITI KESENIAN KHASNYA, SEGALA ASPEK YANG MELIBATKAN SISTEM NILAI DAN NORMA HENDAKLAH DITEGASKAN SAMA ADA DARI SEGI BAHASA, GAYA, PAKAIAN, MAHU PUN PERLAKUAN. APA YANG HARUS DITANAM DALAM JIWA MURID-MURID IALAH SIFAT-SIFAT YANG MEMBAWA KEPADA KETINGGIAN AKAL BUDI, AKHLAK. BERSOPAN SANTUN, BERJIWA HALUS. BERBUDI BAHASA DAN BERTATASUSILA. 3.8 Dalam membuat sebarang persembahan atau kegiatan kesenian, perkara- perkara seperti berikut hendaklah diambil perhatian : (i) Pakaian (costume) yang sopan dan sesuai hendaklah digunakan ketika membuat persembahan (ii) murid-murid hendaklah dilarang dari menyayikan lagu-lagu yang mengandungi senikata berunsur lucah. (iii) Lagu-lagu yang diharamkan oleh kerajaan adalah juga dilarang dari dinyanyikan oleh murid-murid (iv) Menyedari hakikat bahawa kebudayaan itu tidak statik, kemudahan dan galakan seharusnya diberikan juga kepada mana-mana pihak yang ingin mengasah daya kreativiti mereka dalam semua bidang kesenian seperti dalam mencipta tarian-tarian baru. Dalam hubungan ini tarian barat atau asing tidak seharus dipersembahkan secara total tetapi mana-mana gerak langkah tarian yang diubahsuai dan bermakna misalnya dari tarian ballet bolehlah digunakan setakat mana gerak langkah tersebut tidak bertentangan dengan nilai-nilai kebudayaan kebangsaan. Sila tuan maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua Guru Besar sekolah- sekolah di negeri tuan. Sekian. 'BERKHIDMATUNTUK NEGARA' (TAN SRI DATO' HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. s.k. 1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri PelaJaran Malaysia. 2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato' Khalil bin Yaakob, Timbalan Menteri Pelajaran. 3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tan Tiong Hong, Timbalan Menteri Pelajaran. 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. 5. Ketua Pengarah Pelalajaran, Kementerian Pelajaran. 6. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pelajaran, 7. Timbalan Ketua Pengarah PeIajaran I, Kementerian Pelajaran. 8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II, Kementerian Pelajaran. 9. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran. 10. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran. 11. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran. 12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menteri PeIajaran. 13. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran. </p>