Loading ...
Global Do...
News & Politics
304
0
Try Now
Log In
Pricing
<p>PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Office of Director General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8 Level 8, Block E8 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Complex Parcel E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel : 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Fax: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Laman Web: http:www.moe.gov.my KP (BS DSR) 8787/008/2/Jld. (12) 28 Ogos 2006 Semua Pengarah Pelajaran Negeri SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2006 PANDUAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN KOKURIKULUM SEKOLAH Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan memaklumkan perubahan nama, kadar dan panduan perbelanjaan peruntukan untuk melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah. 2. Sehubungan itu, nama peruntukan yang diberikan kepada sekolah hendaklah ditukar daripada Peruntukan Kokurikulum/Motivasi/Sukan kepada Peruntukan Kokurikulum. 3. Kadar baru peruntukan kokurikulum untuk Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Pendidikan Khas yang berkuatkuasa mulai 2006 ini adalah seperti berikut: 3.1 Sekolah Rendah i) 151 murid dank e atas - RM 10.00/ seorang ii) 101 murid 150 murid - RM 1,500.00/sekolah. iii) 51 murid 100 murid - RM 1,000.00/sekolah iv) 1 murid - 50 murid - RM 500.00/ sekolah 3.2 Sekolah Menengah (Harian/SBP/Teknik/Agama/Sukan) - RM 12.00/seorang 3.3 Sekolah Pendidikan Khas kekal menggunakan kadar sedia ada iaitu RM5,000.00 bagi Sekolah Rendah dan RM 10,000.00 bagi Sekolah Menengah (Rujukan : Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2/2006: Kadar Baru Peruntukan Kokurikulum Kepada Sekolah, Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, bertarikh 7 Julai 2006 dan berkuatkuasa mulai tahun 2006 ). 4. Bagi memudahkan pengurusan Peruntukan Kokurikulum dan pembiayaan kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah, Panduan Perbelanjaan Berikut hendaklah dipatuhi. 4.1 Kegiatan Kokurikulum Kegiatan kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan hendaklah yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan peringkat seterusnya yang diiktiraf oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tempat kegiatan boleh sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Peruntukan ini hanyalah untuk membiayai murid-murid berkenaan sahaja. 4.2 Penggunaan Peruntukan 4.2.1 Pembiayaan adalah meliputi urusan makan, minum, penginapan, sewaan, perjalanan, salinan dokumen dan cetakan bahan-bahan edaran. 4.2.2 Pembelian peralatan untuk aktiviti kokurikulum seperti aktiviti Pasukan Unit Beruniform, aktiviti kelab/persatuan serta aktiviti sukan/permainan. 4.3 Jenis Kegiatan Kegiatan yang boleh dibiayai melalui peruntukan ini ialah: 4.3.1 Kegiatan Kokurikulum, dan 4.3.2 Kegiatan Sokongan Pembentukan, Pemupukan dan Pembangunan Sahsiah Murid. Nisbah perbelanjaan antara kedua-dua kegiatan ini ialah pada kadar 4 : 1 ( kokurikulum : sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah). Kegiatan Kokurikulum meliputi kegiatan Pasukan Unit Beruniform, persatuan/kelab dan sukan/permainan yang bercorak untuk semua dan bukan untuk membiayai pengurusan, dan aktiviti untuk kecemerlangan, sukan tahunan dan aktiviti merentas desa. Antara kegiatan yang boleh dianjurkan termasuk yang bersifat perkhemahan, seminar, kursus, bengkel dan pertandingan. Contoh kegiatan ialah perkhemahan tahunan, pertandingan kawad kaki, kursus kenaikan pangkat ketua platun, pertandingan bolasepak ( antara kelas dan rumah sukan ), kursus pengadilan bolasepak dan lawatan sekolah. Kegiatan Sokongan Pembentukan, Pemupukan Dan Pembangunan Sahsiah Murid yang dimaksudkan adalah seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan. Contoh kegiatan ini ialah, kursus pemimpin kelab/persatuan, perkhemahan dan seminar kepimpinan murid dan kolokium kecemerlangan pengurusan organisasi tetapi tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik. 5. Adalah diingatkan bahawa semua perbelanjaan menggunakan peruntukan ini tertakluk kepada syarat dan peraturan kewangan sedia ada dan sedang berkuatkuasa. 6. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan serta Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" DATO' Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia 2. Y.B. Dato' Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia 3. Y.B. Dato' Haji Noh bin Omar Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia 4. Y.B. Puan Komala Devi Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran 5. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran 8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran 9. Ketua Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran 10. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran 11. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran. </p>