Loading ...
Global Do...
News & Politics
7
0
Try Now
Log In
Pricing
Cyberita Online Komentar Sajian Berita Singapura Luar Negara Ekstra! Komentar Sukan Badan Melayu Bantuan Teknikal Khidmat Iklan Komentar : 3 Mei 2008 Mudah cetak | E-mel PANDANGAN BLOG KIAN DITERIMA SELAKU WARKAH FIKIR MASYARAKAT Oleh Jyh Wee Sew ANTARA bentuk budaya media baru yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di Internet ialah budaya blog. Perkataan 'blog' juga menjadi istilah dalam bahasa Mandarin sebagai bu lo ke. Singkatan perkataan ini bu ke sangat lumrah digunakan dalam bahasa tersebut. Fenomena memblog menarik perhatian kerana media ini semakin sebati dengan budaya media anak muda di Singapura. Pada November 2006, harian Inggeris The Straits Times melaporkan 50 peratus remaja yang berusia 15 hingga 19 tahun memblog. Bilangan blog dianggarkan 120,000 laman. Pada masa yang sama, 46 peratus belia yang berusia 20 hingga 24 tahun merupakan pemblog. Di samping itu, 18 peratus rakyat yang berusia 39 hingga 49 tahun juga mengamalkan kegiatan menyimpan blog. Apakah itu blog? Blog merupakan wadah maklumat yang berfungsi sebagai jambatan komunikasi di kalangan remaja dan belia. Blog sebagai warkah elektronik yang diterbitkan dalam alam siber dikenali dalam bahasa teknikal sebagai Web 2.0. Web 2.0, yang menjadi pelantar pendukung Google dan E-bay, telah menggantikan Web 1.0 yang mengandungi Ensiklopedia Britanica Online dan laman Netscape. Dewasa ini, blog sebagai warta elektronik telah menggantikan laman Netscape yang menjadi sawang elektronik. Blog sebagai media maklumat baru telah menghasilkan Wikipedia iaitu satu sistem rangkaian ilmu pengetahuan yang tidak bertepi. Wikipedia sebagai janaan pengetahuan kolektif merupakan sumber maklumat yang terbesar di dunia siber. Setiap paparan Wikipedia yang bernilai pengetahuan akan Berita lain Rekod keselamatan terbaik di tempat kerja Usah ikut-ikut tatu badan Kasih ibu membawa ke syurga Belajar di luar negara: Badan Melayu perlu lebih peka Atasi HFMD: Gariskan peranan setiap pihak dengan jelas Anjur majlis anugerah muzik kita sendiri Batas kesabaran pada anjing jiran http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,118079,00.html (1 of 4) [5/3/2008 6:12:18 PM] Cyberita Online Komentar disunting oleh para pembaca demi mengawal kesahihan agar maklumat terus bersifat bernas. Sistem perkongsian maklumat ini telah menghasilkan Wikipedia dalam 250 pengantar bahasa termasuk Inggeris, Indonesia, Belanda, Jerman, Sepanyol, Jepun, Perancis, Russia dan Cina. Secara tidak langsung, masyarakat media baru muncul dengan penggunaan teknologi maklumat. Tidak keterlaluan jika blog sebagai media baru dianggap berperanan penjana minda masyarakat. Pada 2007, anggaran bilangan blog yang terdapat di Singapura ialah 170,000. Penerbitan maklumat elektronik di blog melahirkan pembaca selaku penyumbang maklumat yang bergelar netizen (warga Internet). Perlu dijelaskan bahawa blog sebagai warkah elektronik tidak dapat dipisahkan daripada konsep netizen. Perkataan netizen yang bererti warga siber dicipta 12 tahun yang lalu oleh Michael dan Rhonda Hauben di Columbia, New York. Kelahiran konsep netizen menunjukkan perubahan dunia maya bertukar menjadi separa maya. Dari sudut semiotik, netizen yang hidup di antara dunia sebenar dan dunia siber merupakan golongan pembawa dwijati diri. Pada suatu pihak, netizen menjadi pendukung teknologi maklumat terus bertikam lidah (kekunci komputer) sebagai pengguna di alam maya. Pada pihak yang lain, netizen merupakan sekelompok manusia yang berpijak di bumi nyata sama ada mereka bekerja ataupun masih menuntut di sekolah. Gejala budaya media baru ini dianggap identiti separa maya kerana perantaraan antara dunia sebenar dengan dunia maya terus berbaur dalam kehidupan netizen. Netizen sebagai masyarakat separa maya mampu mempengaruhi sistem sosial, politik dan perkembangan psikologi sosial. Satu kajian baru dalam Jurnal Komunikasi Australia pada November 2007 membandingkan budaya blog politik Australia dan Amerika Syarikat. Dua penyelidik, Dr Ian Ward dan James Cahill, daripada Sekolah Pengajian Sains Politik dan Antarabangsa Universiti Queensland, mendapati sistem politik Amerika yang tidak sepusat, memungkinkan timbulnya budaya blog politik. Sebaliknya, budaya blog kurang mekar sebagai penghantar dalam sistem politik Australia. Ini kerana sistem politik Australia merupakan warisan British yang bersifat parlimen. Laporan ini menunjukkan pengaruh blog sebagai media maklumat baru berpotensi sebagai penghantar yang unik. Isu sosial dan pentadbiran yang dulunya diwartakan menerusi penerbitan yang berlesen kini terus menjadi perbualan di kalangan netizen. Minda kolektif terbentuk menerusi pertukaran pendapat di lebuh raya maklumat menerusi blog. Warga pemblog telah menjadi suara baru sama ada sebagai watak penyokong ataupun penegur dalam perkembangan wacana sosial. http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,118079,00.html (2 of 4) [5/3/2008 6:12:18 PM] Cyberita Online Komentar Rancangan televisyen Blog di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) kini diadakan pada 8.40 malam setiap hari Ahad. Fikiran pemblog mutakhir mengenai isu semasa dibincangkan oleh pengacara dalam rancangan ini. Pemblog sosial mendapat perhatian dalam sistem warisan British di Malaysia dengan menyifatkan blog sebagai talian minda. Kegiatan blog di alam siber dapat menimbulkan kesedaran tertentu ke atas hala tuju di dunia nyata. Rentak penggunaan blog di koridor maklumat yang beraneka ragam mewujudkan mayarakat maya majmuk. Data semasa menunjukkan warga siber atau netizen wujud di segenap lapisan masyarakat. Kemampuan warga siber mencari saluran perbincangan baru di alam maya menjadi kenyataan media baru. Ekoran perubahan saluran komunikasi yang bertapak di alam siber ini, sosiologi manusia dunia pascamoden turut berubah. Nota: Penulis ialah pensyarah Bahasa Melayu di Pusat Bahasa, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan pengarang buku 'Reduplicating Nouns and Verbs in Malay' (2007). kirim pandangan anda mengenai laporan di atas Arkib NOTA: cyBerita hanya menyimpan arkib laporan Berita selama tujuh hari. Ads by Google Do Phermones Really Work? 7 Brands Rated and Reviewed The Good and the Bad. www.pheromoneratings.com Residenza Il Poggiolo Appartamenti in antico casale Escursioni a cavallo - Piscina www.poggiolo.info Financial Services PR SunStar helps clients build brands and attract customers. www.iSunStar.com La Casa di Lucio Compare Prices and Find Great Hotel Deals for Your Trip at TripAdvisor! www.TripAdvisor.com bb22 Palermo Bed & Breakfast di charme a palazzo chic beautiful unforgettable www.bb22.it http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,118079,00.html (3 of 4) [5/3/2008 6:12:18 PM] Cyberita Online Komentar Dunia Digital Ekoniaga Forum Komentar Luar Negara Ekstra! Sajian Berita Singapura Sukan Santai Wak Cantuk Copyright © 2005 SPH AsiaOne Ltd. All rights reserved. Privacy Statement Conditions of Access Advertise @ AsiaOne http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,118079,00.html (4 of 4) [5/3/2008 6:12:18 PM]