Loading ...
Global Do...
News & Politics
826
0
Try Now
Log In
Pricing
<p>Ref: K.P. 8164/(2) Kementerian Pelajaran, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. 2hb.Januari,1 971 Ketua Pegawai Pelajaran, Semua Negeri, Malaysia Barat. Pengarah Pelajaran, Sarawak/Sabah. Tuan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1971 Perkhidmatan Masyarakat dan Muhibah di Sekolah-sekolah Untuk menanamkan semangat dalam sanubari semua murid di sekolah-sekolah rendah dan menengah di antara mereka terhadap:- (a) Muhibah (b) Perpaduan Kebangsaan (c) Rukunegara (d) Perkhidmatan Masyarakat (Community Service) maka adalah perlu bagi guru-guru besar / pengetua-pengetua mengambil langkah-langkah positif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas di seluruh sekolah-sekolah. Aktiviti-aktiviti yang tersebut adalah dicadangkan seperti berikut:- (a) Sekolah-sekolah Menengah (i) Semua persatuan-persatuan/kelab-kelab sekolah hendaklah memasukkan dalam aktiviti-aktiviti mereka, sebilangan projek-projek perkhidmatan masyarakat dan muhibah yang tertentu dalam rancangan-rancangan tahunan mereka. (ii) Pertubuhan-pertubuhan pengakap, pandu puteri, pasukan kedet polis dan pertubuhan-pertubuhan berpakaian seragam sekolah yang lain hendaklah. juga memasukkan aktiviti-aktiviti seumpama itu dalam rancangan tahunan mereka. (iii) Sebagai tambahan kepada di atas, guru-guru besar/pengetua-pengetua bolehlah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menubuhkan Persatuan-persatuan / Kelab-kelab Perkhidmatan Masyarakat di sekolah-sekolah mereka. Ini adalah penting terutama sekali bagi sekolah di kawasan-kawasan luar bandar yang biasanya belum ada kelab-kelab seperti itu dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan perkhidmatan masyarakat awam atau kementerian-kementerian yang lain. Persatuan-persatuan Perkhidmatan Masyarakat Sekolah-sekolah ini akan menyelaraskan aktiviti-aktiviti mereka dengan pertubuhan-pertubuhan perkhidmatan masyarakat yang lain dan juga dengan jawatankuasa-jawatankuasa Muhibah di peringkat-peringkat daerah dan negeri. Harap diambil perhatian semua PersSatuan-persatuan Perkhidmatan Masyarakat akan menyalurkan perhubungan mereka melalui Guru-guru Besar / Pengetua-pengetua apabila mereka itu membuat perhubungan dengan pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan yang ada di bawah anjuran Kementerian Kebajikan Am, Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Belia dan Sukan. (b) Sekolah-sekolah Rendah Satu rancangan tahunan aktiviti-aktiviti perkhidmatan masyarakat dan muhibah hendaklah disusun oleh tiap-tiap sekolah. Semua aktiviti seumpama itu hendaklah diletakkan di bawah pengawasan seorang guru. (c) Guru-guru. Semua guru di sekolah-sekolah rendah dan di sekolah-sekolah menengah hendaklah digalak mengelolakan aktiviti-aktiviti perkhidmatan masyarakat dan muhibah di kalangan mereka sendiri. Saya yang menurut perintah, (Kum Boo) Bahagian Sekolah-sekolah, b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran. s.k. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri. Setiausaha Kerja, Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Setiausaha Kerja, Jabatan Perpaduan Negara, d/a Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Ketua Setiausaha. Ketua Pengarah Pelajaran. Timbalan Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran. Pengarah Latihan Guru - 15 salinan. Ketua Nazir Bebas - 15 salinan. Semua Ketua-ketua Bahagian. KB/rt. </p>