BATU PERMATA
1.1 Lapis Lazuli
Lapis Lazuli; (Na, Ca)8 (Al, Si)12 O24 (SO4, Sn) diambil dari perkataan Latin "lapis
lazulus". Perkataan asalnya merupakan frasa Arab: "lazward" dan "azure". Lapis lazuli
bukannya sejenis mineral tetapi merupakan batu yang terjadi hasil penggabungan
beberapa jenis mineral seperti lazurite, calcite, pyrite, dan felspathoids (daripada
kumpulan sodalite) seperti nauyne dan nosean. Dahulu, Tamadun Rom mengenalpasti
lapis lazuli sebagai sapphire kerana warna birunya. Lapis lazuli mempunyai kualiti
setanding jed, fairus, dan opal. Malah Tamadun Mesir Purba menggunakannya sebagai
perhiasan dan tembikar. Lapis lazuli ialah permata yang pernah diceritakan dalam
"Hikayat Seribu Satu Malam" (Arabian Night) yang digambarkan sebagai batu permata
dengan warna biru pekat dengan kilauan keemasan seperti bintang. Kilauan ini
disebabkan oleh inclusion dari mineral pyrite (ferum sulfit).
Lapis lazuli merupakan salah satu batu permata terawal yang dipakai oleh manusia. Ahli
arkeologi pernah menemui perhiasan seperti rantai, loket dan gelang serta kraftangan
yang diperbuat dari batu ini. Ini membuktikan Tamadun lama seperti Mesopotamia,
Mesir, Persia, Greece, dan Rome menghargai batu ini sebagai batu permata yang cukup
istimewa. Terdapat bukti yang menunjukkan lapis lazuli diperdagangkan dengan meluas
sekitar 4000 tahun sebelum Masihi di Sungai Euphrat di Bandar Ur, Mesir. Alexander
The Great memperkenalkan lapis lazuli di Eropah dan digelar "ultramarine" yang
bermasud "beyond the sea" (dari dasar laut) kerana warna biru yang cantik pada batu ini.
Lapis Lazuli mempunyai corak yang seragam dan permukaan yang bergranul kerana
kehadiran kristal. Permukaan batu ini adalah opaq dan separa opaq menjadikannya
mudah digilap. Batu ini biasa mempunyai warna biru tua. Terdapat juga yang mempuyai
tompokan putih dimana tompokan ini menurunkan nilainya. Lapis lazuli yang paling
berharga mempunyai warna biru-ungu yang seragam. Lapis lazuli terjadi jutaan tahun
dahulu apabila batuan jenis metamo