Loading ...
Global Do...
News & Politics
158
0
Try Now
Log In
Pricing
<p>BAHAGIAN SEKOLAH JABATAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3 & 4, BLOK E2 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA KP(BS/HEP) 8586/083 Jld. IV/(80) 9 Januari 2006 Semua Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datu/Tuan/Puan, REKOD PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM Catatan kehadiran dan prestasi murid Dengan segala hormatnya ketetapan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 November 2005 berhubung dengan Pemantapan Pengurusan Kokurikulum Kementerian Pelajaran adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju supaya merit 10% dari markah keseluruhan diperuntukan kepada prestasi penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum untuk penilaian pemilihan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). 2. Sehubungan dengan ini, pihak sekolah diminta melaksanakan urusan merekod prestasi murid dalam kegiatan kokurikulum secara sistematik dan teliti sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 2/1986 Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum. Format rekod dan penilaian hendaklah dirujuk kepada Buku Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum (KPM 2000). Keperluan ini hendaklah disampaikan kepada semua Pengetua sekolah bagi menentukan supaya dasar ini dapat dilaksanakan bagi pemilihan calon-calon ke IPTA tahun 2006. Sekian, Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, SALLEH BIN MOHD. HUSEIN Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia s.k. 1. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 3. Ketua Nazir Sekolah </p>