Loading ...
Global Do...
News & Politics
1217
1
Try Now
Log In
Pricing
<p>BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J SELATAN PARAS 5 PUSAT BANDAR DAMANSARA Telefon: 2556900 50604 KUALA LUMPUR. Kawat : 'PENDIDIKAN' _______________________________________________________________________ KP(BS)8591/Jld.lll/(I) 6 Januari 1988 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Malaysia. Y.B Datuk/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.1/1988: Panduan Penubuhan Dan Pergurusan Kelab Perekacipta Sekolah Kmenterian Pendidikan Malaysia berhasrat melahirkan generasi yang lebih kreatif dan mempunyai dava cipta yang tinggi melalui sistem persekolahan. Rakyat yang kreaktif dan berdaya cipta tingggi akan berupaya menghasilkan rekaan dan ciptaan untuk mempertingkatkan mutu hidup rakyat. Di samping itu, rekaan dan ciptaan ini juga dapat diperdagangkan bagi menambahkan pendapatan negara. 2. Untuk mencapai hasrat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia mengalakkan sekolah- sekolah menubuhkan kelab perekacipta sekolah masing-masing. Melalui aktiviti-aktiviti kelab ini, adalah diharapkan pelajar-pelajar sekolah dapat dilatih berfikir kritis dalam menyelesaikan masalah-masalah kehidupan yang dihadapi yang berkemungkinan besar boleh membawa kepada sesuatu rekacipta. 3. Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk memberi panduan kepada sekolah-sekolah dalam menubuh dan menguruskan kelab-kelab perekacipta, Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Perekacipta Sekolah disertakan untuk rujukan sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun penubuhan dan pengurusan kelab ini tetap tertakluk kepada peraturan-peraturan yang masih berkuatkuasa hingga kini. 4. Adalah sangat dihargai sekiranya dapat Y.B. Datuk/Tuan/Puan mengedarkan surat pekeliling dan panduan yang disertakan kepada semua sekolah menengah di Negeri Y.B Datuk/Tuan/Puan. Sekian, terima kasih. 'BERHIDMAT UNTUK NEGARA' Saya yang menurut perintah, Pengarah Sekolah b.p Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia. s.k 1. Setiausaha Sulit Kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia. 2. Setiausaha Sulit Kepada YB Dr. Michael Leo Toyad Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. 3. Setiusaha Sulit Kepada Y.B. Encik Woon See Chin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. 4. Ketua Setiusaha Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. 6. Timbalan Ketua Setiusaha I Kementerian Pendidikan Malaysia. 7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan Malaysia. 8. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia. 9. Timbalan Ketua Setiusaha II Kementerian Pendidikan Malaysia. 10. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia. 11. Ketua Jernaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia. 12. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia. PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN KELAB PEREKACIPTA SEKOLAH 1. PENDAHULUAN 1.1 Negara-negara maju telah mencapai suatu tahap perindustrian yang tinggi hasil daripada kesedaran, keazaman dan kegigihan rakyat untuk mencipta berbagai benda bagi keperluan dan kemudahan hidup mereka. Rakyat dalam negara maju senentiasa mempertingkatkan mutu rekacipta mereka dan mendorong atau memberi sokongan kepada pihak yang menjalankan aktiviti kreatif dan rekacipta di setiap lapisan masyarakat, sama ada di sekolah mahupun di dalam bidang perindustrian semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. 1.2 Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar bahan mentah. Kebanyakan bahan mentah ini tidak diproses selengkapnya tetapi diekspot ke negara-negara maju yang menukarkannya kepada bahan-bahan keperluan seharian dan kemudian menjual kepada negara ini dengan harga yang lebih tinggi. Kita tidak berupaya memproses bahan-bahan mentah milik sendiri kerana kekurangan kepakaran. Kita kekurangan perekacipta yang boleh menghasilkan teknologi baru. 1.3 Perekacipta tidak ujud dengan sendiri sahaja. Dalam usaha melahirkan perekacipta, negara-negara maju telah mengambil initiatif memupuk semangat inovatif dan rekacipta di kalangan pelajar sekolah sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Dari semasa ke semasa, negara-negara ini mengadakan pertunjukan dan pertandingan hasil rekacipta pelajar untuk mendedahkan mereka kepada alam rekacipta. 1.4 Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang setanding dengan negaranegara yang telah maju dalam bidang perindustrian. Demi mencapai hasrat tersebut,pelajar-pelajar yang masih berada di bangku sekolah harus disemaikan dengan rasa ingin dan cinta terhadap kemajuan. Mereka harus dilatih untuk menyumbangkan tenaga dan fikiran bagi menghasilkan rekacipta yang boleh memberi manfaat kepada manusia. Dengan cita-cita ini Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan sekolah-sekolah menengah di seluruh negara menubuhkan kelab perekacipta sekolah masing-masing. 2. MATLAMAT KELAB PEREKCIPTA SEKOLAH 2.1 Untuk mengembangkan pemikiran yang kreatif di kalangan ahli masyarakat: memupuk semangat ingin-tahu kepada pelajar dan meningkatkan keazaman mereka untuk berfikir secara kritis. 2.2 Untuk membentuk generasi yang berdikari, bersikap positif, sabar, berani menghadapi cabaran, berkemahiran manipulatif dan produktif. 2.3 Untuk memperbanyakkan perekaciptaan di negara ini dengan cara menggalakkan kegunaan bahan-bahan mentah tempatan untuk menghasilkan barang-barang keperluan. 3. OBJEKTIF Objektif penubuhan kelab Perekacipta Sekolab adalah untuk: 3.1 Menyedarkan pelajar bahawa sentiasa wujud masalah dalam kehidupan seharian dan untuk mengatasinya memerlukan sesuatu perekaciptaan. 3.2 Mendorong pelajar berdikari, berusaha memperolehi maklumat dan menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan sesuatu rekaciptaan. 3.3 Melatih pelajar memerhatikan sesuatu dengan cara terperinci dan mengambilkira aspek-aspek yang penting. 3.4 Melatih pelajar menganalisa sesuatu masalah dengan logis dan menyelesaikannya dengan sistematik serta terperinci. 3.5 Melatih pelajar menggunakan masa lapang mereka dengan lebih berfaedah untuk pelajaran sekolah dan untuk mengusaha rekacipta. 3.6 Mendorong pelajar mencuba sesuatu perkara vang ia ingin ketahui vang tidak salah dari segi undang-undang ataupun tidak merbahaya dari segi keselamatan diri. 3.7 Melatih pelajar berbincang dengan baik dan bersopan santun dengan rakan-rakan mereka. 3.8 Melatih pelajar merahsiakan butir-butir rekacipta mereka 3.9 Menanam ke dalam diri pelajar sifat-sifat sabar supaya mereka tidak putus asa apabila mereka menghadapi dugaan atau cabaran seperti kejadian kesilapan atau kerosakan dalam usaha rekacipta mereka. 3.10 Menggalak pelajar merujuk kepada bahan-bahan bacaan atau bertanya mereka yang lebih berpengetahuan dalam bidang sains dan teknologi tentang alat-alat atau proses yang boleh menjayakan rekacipta mereka. 3.11 Mendedahkan pelajar kepada kemahiran menggunakan alat-alat tertentu untuk menghasilkan sesuatu rekacipta. 3.12 Menghasilkan rekacipta untuk pertunjukkan dan pertandingan yang diadakan dari semasa ke semasa pada peringkat kelab, sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 4. DASAR PENUBURAN KELAB PEREKACHTA SEKOLAH Sekolah-sekolah digalakkan untuk berusaha menubuhkan kelab perekacipta masing- masing dengan berpandukan 'The School (Societies) Regulations 1956'. Berhubung dengan aktiviti-aktiviti kelab, sekolah-sekolah boleh mendapat bantuan, nasihat daripada Persatuan Rekacipta dan Rekabentuk Malaysia (Malaysian Inventions dan Designs Society -MINDS) melalui Kernenterian Pendidikan Malaysia. 4.1 Penglibatan MINDS a) Menyebar risalah dan berita mengenai rekacipta ke sekolah-sekolah yang telah menubuhkan kelab perekacipta. b) Menghantar wakil ke sekolah untuk memberi khidmat nasihat. c) Membantu sekolah menjayakan aktiviti-aktiviti kelab. d) Membantu pelajar yang berjaya merekacipta sesuatu barang untuk dipaten serta diperdagangkan jika dipersetujui oleh pelajar sendiri, ibu-bapanya dan pengetua sekolah berkenaan. e) Membuat hubungan dengan kelab perekacipta sekolah di negara lain dengan tujuan menyebarkan maklurnat dan pengalaman mereka ke sekolah-sekolah di negara ini dan juga mendorong kelab mengambil' bahagian dalam pertandingan antarabangsa. 4.2 Penglibatan pihak swasta lain Sekolah-sekolah hendaklah berhati-hati sekiranya pihak swasta yang bercorak perniagaan terlibat dalam usaha menghasilkan sesuatu rekaciptaan ahli Kelab. Kepentingan ahli kelab hendaklah diutamakan. 5. PENGURUSAN KELAB PEREKACILPTA SEKOLAH 5. 1 Organisasi 5.1.1 Penasihat Kelab perekacipta sekolah patut diawasi oleh dua orang guru, sebaik- baiknya guru yang mempunyai kemahiran manipulatif. Di antara peranan guru penasihat ialah: a) Menubuh sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar yang akan menolong merancang dan mengurus aktiviti kelab. b) Mernbimbing jawatankuasa kelab merancang dan menghasilkan aktiviti-aktiviti yang dapat memelihara minat pelajar yang berbeza-beza kebolehan dalam bidang rekacipta,sehubungan dengan ini, guru penasihat haruslah mempunyai pengetahuan yang diperlukan. c) Menghubungi penasihat kelab perekacipta sekolah lain untuk bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pengurusan kelab. d) Menggalak ahli kelab supaya lebih kreatif dan banyak berfikir bagi mengeluarkan idea untuk perbincangan e) Membantu ahli mengenalpasti masalah, menganalisanya dan seterusnya mencari langkah untuk mengatasi masalah tersebut. f) Melawat tempat ahli kelab bekerja menghasilkan rekaciptaan. g) Hadir dalam semua perjumpaan formal yang diadakan oleh Kelab. h) Memupuk keyakinan dan ketabahan di kalangan ahli Kelab dalam usaha mereka menghasilkan sesuatu rekaciptaan. Untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan, Penasihat kelab seelok-eloknya didedahkan kepada pengetahuan seperti berikut: a) Apakah dia Rekaciptaan (Invention) b) Kaitan Paten dan Rekacipta C) Cara membuat permohonan supaya sesuatu rekaciptaan dipatenkan d) Cara daya kreatif ahli dimanfaat e) Teknik bercambahan fikiran f) Teknik menyelesaikan masalah dan membuat keputusan g) Kegiatan-kegiatan kelab perekacipta di negara lain. 5.1.2 Jawatankuasa a) Jawatankuasa terdiri daripada Pengerusi Naib pengerusi Setiausaha Bendahari dan beberapa orang ahli jawatankuasa, bilangannya bergantung kepada bilangan ahli dalam kelab b) Ahli jawatankuasa perlu diberi latihan yang sesuai untuk membolehkan mereka memainkan peranan penyelian dan membantu guru dalam kerja-kerja pengurusan kelab. c) Pengiktirafan tanggungjawab dan peranan ahli jawatankuasa hendaklah diberi sebagai insentif kepada mereka. 5.1.3 Keahlian a) Keahlian Kelab terbuka kepada pelajar-pelajar yang berminat dengan kebenaran ibubapa/penjaga. b) Seseorang pelajar yang memohon menjadi ahli Kelab Perekacipta hendaklah membuat perjaniian dan menandatangani pada borang permohonan supaya merahsiakan semua perkara yang dibincang, yang diketahui dalam aktiviti Kelab serta butir-butir rekaciptaan kecuali sesama ahli kelab tersebut. Jika sesiapa yang didapati membocorkan rahsia ini, ia akan dilucutkan dari keahlian kelab tersebut dengan serta merta, dan tidak berhak lagi mendapat apa-apa keistimewaan dari Kelab Perekacipta tersebut. 5.2 Kewangan Oleh kerana hasil rekacipta yang bedaya adalah kepunyaan ahli-ahli kum pulan yang merekacipta, segala perbelanjaan bagi menghasilkan rekaciptaan adalah tanggungan mereka sendiri. 5.3 Aktiviti Kelab 5.3.1 Aktiviti berterusan a) Sesi perbincangan antara guru penasihat dan ahli kelab diadakan untuk memberi penerangan tentang butir-butir yang terdapat dalarn majalah yang tertentu, keratan surat khabar dan berita, dari MINDS. b) Sesi perbincangan tentang masalah-masalah seharian supaya dapat mengenalpasti masalah yang boleh diselesaikan melalui rekacipta. c) Penyelidikan berkaitan dengan rekacipta yang dicadangkan d) Kajian semula mengenai usaha vang telah dijalankan bagi mengenalpasti dan kemudian mengatasi kesulitan yang dialami. e) Kerja-kerja penyelidikan lanjutan dan perkernbangan dalam usaha menghasilkan rekaciptaan yang jitu. 5.3.2 Projek a) Latihan asas bagi ahli-ahli Kelab Perekacipta untuk mengembangkan daya kreatif mereka supaya mereka berkemahiran manipulatif dan dapat membuat analisi dan pemerhatian secara terperinci. b) Ceramah oleh perekacipta tempatan., mengenai pengalaman mereka menghasilkan rekacipta vang telah dipasarkan. c) Ceramah oleh agensi-agensi kerajaan yang ada kaitan dengan rekacipta dan patent d) Lawatan ke tempat-tempat yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kernahiran manipulatif ahli-ahli kelab dalam kera-kerja rekacipta. e) Pertunjukan Filem dokumentasi berkenaan dengan rekacipta. f) Pertandingan rekacipta di sekolah atau antara sekolah. 5.3.3 Aktiviti Merekacipta Perancangan a) Waktu merancang hendaklah di luar jadual waktu rasmi sekolah. b) Ahli-ahli kelab boleh dibahagikan kepada kumpulan yang kecil tidak melebihi 5 orang bagi sesuatu rekaciptaan. Ahli boleh juga bekerja bersendiri jika ia berminat dan berkemampuan. c) Ahli-ahli Kelab hendaklah digalak menerangkan apa yang ingin direkacipta, sebab-sebab, faedah kepada masyarakat, cara dan tempat aktiviti rekacipta dijalankan. Pelaksanaan a) Waktu melaksanakan aktiviti merekacipta hendaklah di luar jadual waktu rasmi sekolah. b) Guru panasihat hendaklah menentukan tempoh masa ahli Kelab mengusahakan sesuatu rekaciptaan. c) Aktiviti merekacipta boleh dilakukan sama ada di sekolah atau pun di luar sekolah. d) Keselamatan ahli hendaklah diutamakan bila mereka menjalankan aktiviti merekacipta. Sekiranya mereka menjalankan aktiviti tersebut di luar sekolah, keselamatan adalah tanggungjawab masing-masing. RUJUKAN YANG BERKAITAN 1. School General Regulations. 1951 2. The School (Societies) Regulations, 1956 3. The School (Tours) Regulations, 1957 4. Akta Paten 1983 5. Surat Pekeliling KP.8609/1/(72) "Ceramah/Syarahan/Perundingan Kuiz untuk murid- murid di Sekolah Menengah dan penuntut-penuntut di Maktab Perguruan dari Orginisasi dan Individu lain" bertarikh 6 Mac 1975 </p>