<p>Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar,
Kuala Luinpur.
Telefon: 922066
________________________________________________________________________
Rui. Fail: KP. 8591/(96)
15hb. September, 1982.
Semua Pengarah Pelajaran
Semenanjung Malaysia
Sabah dan Sarawak.
Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1982
Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan S.R.P. dan S.R.P./L.C.E. (Sarawak)
bagi Murid-murid Tingkatan III - Garis Panduan.
Adalan dimaklumkari bahawa cuti sekolah penggal ketiga bagi tiap-tiap tahun lazimnya
bermula kira-kira tiga atau empat minggu selepas tamatnya Peperiksaan S.R.P./ L.C.E. bagi
tahun itu. Sepatutnva kerja sekolah dalam tempoh sebelum cuti sekolah penggal ketiga itu
hendaklah dijalankan seperti biasa bagi semua kelas menengah termasuk kelas-kelas
Tingkatan III
2. Sebagaimana tuan sedia maklum, lazimnya sukatan pelajaran bagi mata-mata pelajaran
Tingkatan III telah habis diajar sebelum Peperiksaan SRP itu. Akibatnva, selepas tamat
peperiksaan,murid-murid kurang tertarik untuk datang ke sekolah. Sebenarnva murid-murid
suka bersekolah, kalau di sekolah itu terdapat, keadaan dan suasana vang menyeronokkan
mereka dan bukan satu keadaan dan suasana disebaliknva. Dalam hal ini, sekolah harus
berusaha supaya murid-murid suka bersekolah. Oleh vang demikian, adalah difikirkan perlu
bagi setiap orang Guru Besar dan guru merancang aktiviti-aktiviti yang menarik dan
menyeluruh, khususnya untuk murid-murid Tingkatan III.
3, Tujuan Surat Pekeliling ini ialah untuk memberi panduan kepada Guru Besar yang terlibat
tentang kegiatan-kegiatan bagi murid-murid Tingkatan III supaya mereka dapat mengatur
dan melaksanakan rancangan yang sesuai mengikut kemampuan dan kemudahan yang ada
di sekolahnya. 'Garis Panduan Kegiatan untuk Tingkatan III' vang terkandung dalam
Lampiran A kepada Surat Pekelifing ini adalah merupakan panduan sahaja. Pihak sekolah
adalah dikehendaki menyesuaikannya