<p>BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA,
Telefon: 2556900
50604 KUALA LUMPUR.
Kawat:'PENDIDIKAN'
_____________________________________________________________________
KP(BS)8591/Jld.III /(3)
3 Februari 1988.
Semua Pengarah Pendidikan Negeri.
Y.B. Datuk/Tuan[Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1988:
Program Skim Lencana Anti Dadah
Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD)
Sebagaimana Y.B. Datuk/Tuan/Puan sedia maklurn Kerajaan memandang serius terhadap
ancaman dadah ke atas gologan belia di negara ini. Kementerian Pendidikan, sebagai
sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti
kokurikulurn merupakan satu bidang yang boleh digunakan bagi menanam perasaan benci,
jijik dan jelek dalam jiwa generasi muda terhadap dadah.
2. Untuk tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan telah melancarkan program Skim
Lencana Anti Dadah pada 27 Mac 1986. Skim Lencana Anti Dadah ini merupakan satu
daripada program pendidikan pencegahan dadah vang telah diperakukan dalam Rancangan
Bertindak Anti Dadah Negara yang dirangka oleh Pasukan Petugas Anti Dadah, Majlis
Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Murid-murid sekolah yang menjadi anggota
pasukan berpakaian seragam seperti Pengakap, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam, St.
John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi sasaran porgram ini. Mereka
dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah, peraduan melukis poster,
menulls esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/ rekodkan oleh murid-murid sendiri
dalam sebuah Buku Log yang akan diberi secara percuma oleh Kementerian Pendidikan.
Guru penasihat/guru pemimpin persatuan berkenaan akan menyimpan buku log tersebut.