<p>
1
Ruj. Kami : KP(BKEW)(PK)1587/6/A-4( 8 )
Tarikh :
3 Jun 2008
Semua Ketua Jabatan/Bahagian
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
Kementerian Pelajaran Malaysia
Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2008
ARAHAN PERBELANJAAN BERHEMAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TUJUAN
1.
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menguatkuasakan Pekeliling
Perbendaharaan Bilangan 7 Tahun 2008 mengenai Garis Panduan
Perbelanjaan
Secara
Berhemat
kepada
semua
Ketua
jabatan/bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Sesalinan Pekeliling berkenaan disertakan untuk rujukan.
LATAR BELAKANG
2.
Selaras dengan Pekeliling tersebut, semua Ketua Jabatan
dikehendaki memberi perhatian serius ke atas peruntukan masing-
masing dan memastikan pelaksanaan sesuatu program/projek/aktiviti
adalah mengikut perancangan, selaras dengan jumlah peruntukan
yang diluluskan dan dibelanja mengikut peraturan kewangan.
Langkah-langkah segera untuk mengawal perbelanjaan secara
berhemat, cekap dan berkesan perlu diambil.
2
3.
Pada masa ini KPM melalui Bahagian Kewangan (Bkew) sedang
mengenalpasti penjimatan peruntukan tahun 2008 untuk diagihkan
bagi kerja-kerja penyelenggaraan sekolah dan asrama khususnya
melibatkan pembaikan tandas, kantin, dewan makan dan lain-lain, di
samping peruntukan untuk pembelian perabot, peralatan dan
kelengkapan sekolah dan asrama bagi pelajar dan guru.
KAWALAN DALAMAN PERBELANJAAN BERHEMAT
Kawalan Perbelanjaan
4.
Agihan baki peruntukan Jabatan/Bahagian adalah tertakluk
kepada prestasi perbelanjaan dan
justifikasi.
Pengurangan
peruntukan sebanyak 5% hingga 20% dari baki belum diagih akan
dikenakan kepada semua Jabatan/Bahagian.
5.
Keperluan peruntukan
tambahan
(jika ada) hendaklah
dikemukakan dengan justifikasi kukuh ke BKew selewat-lewatnya pada
31 Julai tahun semasa. Permohonan pindah peruntukan/agihan
semula (jika ada) hendaklah dikemukakan ke Bkew selewat-lewa