<p>
LP/ SPM /2009
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
2009
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2009 HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
2
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
2009
A. ARAHAN AM KEPADA PENGETUA
1. Pengetua hendaklah mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2009 kepada
semua calon.
2. Pengetua hendaklah memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan
Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2009 sebelum
peperiksaan.
3. Pengetua hendaklah menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati
keperluan menjawab kertas soalan yang ditawarkan di sekolah pada tahun semasa.
4. Pengetua hendaklah merujuk kepada dokumen Panduan Pengurusan Pusat
Peperiksaan Bertulis dan Peraturan dan Panduan Peperiksaan SPM.
B. ARAHAN AM KEPADA KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN
1. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan semua Garis Panduan dan
Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2009 mendapat
perhatian calon.
2. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mencatatkan di papan tulis dan
memaklumkan kepada calon tarikh peperiksaan, kod kertas, nama kertas, waktu,
masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas soalan.
3. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas soalan mengikut tarikh
dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2009.
4. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas soalan dengan muka
hadapan kertas soalan di sebelah atas.
5. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengarahkan calon menyemak butiran kod
kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas
soalan bagi memastikan calon mendapat kertas soalan yang betul.
6. Ketua Pengawas Peperiksa