Loading ...
Global Do...
News & Politics
908
0
Try Now
Log In
Pricing
<p>Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian Leboh Pasar Besar Kuala Lumpur. Tel: 922066 ________________________________________________________________________ KP(BS)8591/Jld.11/(7) 11hb. April, 1983. Semua Pengarah Pelajaran Negeri Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak. Tuan, Surat Pekeliling Iktisas Bil. 7/1983 Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah Sekolah-sekolah biasanya menjalankan pungutan derma untuk menampung atau membiayai sesuatu projek tertentu. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memberi beberapa prinsip dan garis panduan mengenai pungutan derma yang dijalankan oleh pihak sekolah. Garis panduan pungutan derma dengan melibatkan murid-murid sekolah adalah disertakan bersama. 2. Supaya kegiatan pungutan derma itu dapat dijalankan dengan teratur dan tidak bercanggah pula dengan undang-undang dan lain-lain peraturan yang bersabit dengannya serta tidak pula menjejaskan pelajaran dan pembelajaran murid-murid, perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian apabila menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut:- 2.1 Prinsip-prinsip Am, seperti menentukan tujuan kutipan derma itu ; faedah dan kepentingan derma itu terhadap murid dan sekolah; mewujudkan perasaan relahati dan mengutamakan pembelajaran murid-murid ; mempastikan keselamatan dan kebajikan murid-murid; serta mematuhi undang-undang dan lain-lain peraturan mengenainya. 2.2 Peraturan-peraturan Am yang patut diikuti/dipatuhi, seperti memperolehi kebenaran daripada pihak berkuasa; menubuh Jawatankuasa Kutipan Derma ; penglibatan murid-murid; tanggungjawab Guru Besar dan tanggungjawab Pengarah Pelajaran Negeri. 2.3 Aktiviti-aktiviti kutipan derma yang bertujuan untuk memberi faedah kepada murid-murid atau sekolah dan aktiviti-aktiviti pungutan derma kebajikan yang dianjurkan oleh kerajaan seperti derma Hari Bendera/Hari Pahlawan, maka murid-murid sekolah bolehlah dilibatkan bersama, sekiranya diperlukan. Selain daripada tujuan-tujaun ini, Guru Besar hendaklah merujukkan terlebih dahulu kepada Pengarah Pelajaran Negeri. 3. Adalah diharapkan tuan dapat memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua Guru Besar sekolah-sekolah di negeri tuan. Sekian, terima kasih. 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' Saya yang menurut perintah, (DATO'HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN) Bahagian Sekolah-Sekolah, b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran. s.k. 1. Setiausaha Sulit kepada YB Menteri Pelajaran Malaysia. 2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato'Khahl bin Yaakob, Timbalan Menter Pelajaran. 3. Setiausaha Sulit kepada Y.B . Dr. Tan Tiong Hong Timbalan Menteri Pelajaran. 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. 5. Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran. 6. Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pelajaran. 7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I Kementerian Pelajaran. 8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Il Kementerian Pelajaran. 9. Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Pelajaran. 10. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran. 11. Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran. 12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menteri Pelajaran. 13. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran. /sz. Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma --- Melibatkan Murid-Murid Sekolah Pungutan derma yang dijalankan oleh sekolah-sekolah biasanya bertujuan bagi mendapatkan wang bagi pembiayaan projek-projek dan/aktiviti-aktiviti pelajaran yang dirancangkan, seperti percetakan majalah sekolah, kebajikan murid, membeli van/bas sekolah, membina surau atau bilik sembahyang, membina bangunan tambahan, tabung persatuan sekolah, kelengkapan dan alatan perpustakaan/pusat sumber sekolah, sukan sekolah, Hari Ibu Bapa dan Penyampaian Hadiah, perasmian sekolah dan lain-lain lagi. Di samping bertujuan untuk kebajikan dan kemasyarakatan, aktiviti pungutan derma juga dapat memupuk semangat kerjasama, bantu membantu dan membangkitkan kesedaran murid-murid terhadap golongan-golongan yang kurang bernasib baik yang perlu bantuan, kerana aktiviti ini mernpunyai unsur-unsur pelajaran dan pendidikan. Ada sekolah-sekolah yang sering mengadakan pungutan derma dan pengelolaannya pula tidak begitu kemas. Ada kalanya murid-murid sekolah juga dilibatkan oleh badan-badan kebajikan/sukarela yang diiktiraf untuk mengutip derma bagi mengisi 'tabung kebajikan' mereka. Hal-hal seperti ini menimbulkan keraguan dan kesangsian di kalangan ibu bapa dan orangramai. Oleh itu, Kementerian Pelajaran berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti pungutan derma perlu diseimbangkan dengan aktiviti-aktiviti lain di sekolah, supaya aktiviti-aktiviti pungutan derma tidak menimbulkan kesan yang buruk kepada murid-murid pada keseluruhannya. 1. Tujuan Garis panduan ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada sekolah-sekolah yang, hendak mengadakan aktiviti pungutan derma, terutama sekali apabila murid-murid sekolah dilibatkan bersama. 2. Pungutan Derma Pungutan derma ini dimaksudkan i) sebagaimana yang ditakrifkan dalarn Akta 200 - Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan Di Jalan, 1947 (Disemak - 1978) ii) sebagai segala kegiatan untuk mendapatkan wang atau lain-lain bentuk bukan wang yang dijalankan di sekolah-sekolah melalui kegiatan-kegiatan termasuk pasar ria, konset, pertunjukan pentas, tayangan filem, pengelolaan walkaton, hari bendera, minggu kerjaya, surat rayuan kepada ibubapa/penjaga, pertunjukan pancaragam, derma, 'jumble sale', mengadakan jualan kuih-kuih, alat-alat dan bahan-bahan vang dibuat oleh murid-murid, malam amal, iklan-iklan / tajaan-tajaan, dan lain-lain. 3. Prinsip-prinsip Am 3.1 Tujuan Pungutan derma itu mestilah mempunyai tuiuan dan matlamat khas yang mesti diterangkan dengan jelas; seperti 'Untuk membeli buku-buku perpustakaan', 'Untuk membiayai pembinaan surau sekolah' dan bukan secara am seperti 'Tabung Am Sekolah'. 3.2 Penerimanya Derma yang dikutip oleh sekolah hendaklah digunakan semata-mata untuk tujuan ianya dikutip, iaitu untuk faedah murid-murid dan sekolah yang berkenaan dan bukan untuk tujuan lain, melainkan jika derma itu dikutip oleh pihak badan-badan kebajikan/sukarela yang diiktiraf dan dibenarkan oleh pihak Kerajaan. 3.3 Mewujudkan Perasaan Relahati Murid-murid patut diberitahu tujuan pungutan derma itu dan mereka jangan dipaksa untuk menjalankan kutipan ataupun dipaksa. menderma. Ibubapa murid-murid yang terlibat hendaklah diberitahu tentang penglibatan anak-anak mereka dalam kegiatan pungutan derma itu dan cara pungutan dibuat dan kebenaran bertulis daripada mereka hendaklah diperolehi. 3.4 Pungutan Derma Di Luar Sekolah Jika pungutan derma dijalankan di luar kawasan sekolah, maka 'The House to House and Street Collections Ordinance, 1947' hendaklah dipatuhi. Antaranya ialah 'tidak sesiapa pun di bawah umur 16 tahun boleh menjadi sebagai pemungut'. 3.5 Kerjasama PIBG/Jemaah Pengurus Sekolah Apabila mengadakan sesuatu aktiviti pungutan derma, pihak sekolah dinasihatkan berunding terlebih dahulu dengan PlBG dan Jemaah Pengurus Sekolah untuk mendapatkan kata sepakat atau pandangan, khususnya apabila murid-murid dilibatkan bersama. 3.6 Pelajaran Murid-Murid Sekolah-sekolah adalah diingatkan supaya aktiviti memungut derma ini tidak mengganggu pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid serta aktiviti-aktiviti penting di sekolah. Sekiranya pungutan derma itu dibuat untuk aktiviti-aktiviti guru bagi kepentingan guru-guru, maka guru-guru sendiri atau ahli-ahli persatuan mereka sendiri berikhtiar mencari derma, tanpa melibatkan murid-murid sebagai pemungut. 3.7 Penglibatan Murid-murid Dalam Pungutan Derma Yang Dianjurkan Oleh Badan-badan Sukarela Sekiranya badan-badan sukarela seperti pengakap, Bulan Sabit Merah atau lain-lain badan yang diiktiraf dan dibenarkan oleh kerajaan untuk mengutip derma dan murid-murid sekolah yang berkenaan adalah ahli-ahli badan-badan tersebut, maka pihak sekolah hendaklah terlebih dahulu diberitahu mengenai murid-murid yang terlibat itu oleh badan-badan berkenaan. Kelulusan bertulis daripada pihak ibubapa dan pihak sekolah hendaklah diperolehi terlebih dahulu oleh badan-badan tersebut. 4. Peraturan-peraturan Am Yang Patut Diikuti 4.1 Kebenaran dari Pihak Berkuasa 4.1.1 Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Pendaftar Sekolah-sekolah/Pengarah Pelajaran Negeri sebelum pungutan derma dijalankan. Butir-butir lengkap hendaklah diberi berhubung dengan pungutan yang hendak dijalankan, termasuklah tujuan derma itu, matlamat banyaknya yang hendak dikutip, jangka masa lamanya dan cara atau cara-cara pungutan itu hendak dijalankan, 4.1.2 Sekiranya aktiviti dan pungutan derma itu dijalankan oleh per- satuan-persatuan di sekolah, maka kebenaran bertulis daripada Guru Besar hendaklah terlebih dahulu diperolehi, di samping kebenaran-kebenaran dari Pengarah Pelajaran Negeri dan/pihak-pihak berkuasa yang lain. 4.1.3 Sekiranya pungutan dari rumah ke rumah atau pun pungutan di jalan-jalan raya hendak dibuat, surat kebenaran hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada pihak polis dan syarat-syarat yang terkandung di dalam surat kebenaran hendak dipatuhi. 4.1.4 Jika sekiranya pungutan derma itu dianjurkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola/Pengurus Sekolah, Persatuan Murid-murid Tua atau Persatuan-persatuan Kebajikan yang diiktiraf dan mereka pula meminta kerjasama dan bantuan guru-guru dan murid-murid, Guru Besar hendaklah menentukan bahawa kebenaran bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri dan juga pihak berkuasa yang lain telah diperolehi oleh badan-badan tersebut. 4.2 Jawatankuasa Pungutan Derma Sekolah 4.2.1 Sekolah-sekolah yang hendak menjalankan kegiatan pungutan derma hendaklah menubuhkan jawatankuasa untuk mengendalikan segala urusan dan pengelolaan aktiviti pungutan yang hendak dijalankan dengan dipengerusikan sendiri oleh Guru Besar. Rekod-rekod mesyuarat hendaklah disimpan secara teratur, 4.3 Had Pungutan Had pungutan derma hendaklah tidak melebihi daripada matlamat pungutan yang hendak dicapai. 4.4 Akaun 4.4.1 Pengeluaran resit-resit bagi segala penerimaan wang serta akaun yang terang dan teratur hendaklah disimpan dan dijaga dengan baik. Segala pungutan derma yang diperolehi hendaklah dimasukkan ke dalam bank atas nama akaun sekolah dan tertakluk kepada odit. 4.4.2 Apabila selesai sahaja satu projek pungutan derma dijalankan, satu laporan lengkap berserta dengan penyata kira-kira pungutan derma hendaklah disampaikan kepada Pengarah Pelajaran Negeri. 4,5 Penglibatan Murid-murid 4.5.1 Jika sekiranya murid-murid dilibatkan di dalam aktiviti-aktiviti pungutan derma, peranan dan tugas-tugas mereka hendakiah dijelaskan dengan terang. Contohnva adalah sebagai 'pengutip derma', 'peserta walkaton', 'penjaga gerai makanan' dan sebagainya. 4.5.2 Murid-murid hendaklah diberi kesedaran yang penuh tentang tujuan dan matlamat pungutan derma itu dan juga tentang tanggungjawab mereka. 4.5.3 Tidak ada paksaan dikenakan kepada murid-murid sama ada melalui ugutan atau tekanan secara tidak langsung. 4.5.4 Murid-murid di kelas-kelas peperiksaan seberapa boleh hendaklah dielakkan daripada terlibat dalarn aktiviti ini. 4.5.5 Ibubapa / penjaga murid yang terlibat dalam tugas-tugas pungutan derma itu hendaklah diberitahu tentang tujuan dan kaedah pungutan derma itu dijalankan dan kebenaran bertulis di perolehi daripada mereka terlebih dahulu. 4.5.6 Berhubung dengan murid-murid yang dikehendaki membuat pungutan dari rumah ke rumah ataupun di jalan-jalan raya, selain daripada yang disebutkan di atas, peraturan-peraturan di bawah ini hendaklah dipatuhi: 4.5.6.1 Umur Pemungut Mengikut satu daripada kehendak-kehendak dalam 'The House and Street Collections Ordinance, 1947' ialah 'tidak sesiapa pun di bawah umur 16 tahun boleh menjadi sebagai pemungut'. 4.5.6.2 Surat Daripada Guru Besar Bagi aktiviti pungutan derma yang dianjurkan oleh pihak sekolah, tiap-tiap murid yang mengambil bahagian dalam pungutan derma itu hendaklah diberi satu surat pengenalan, ditandatangani oleh Guru Besar, dikeluarkan kepada murid itu untuk mengutip derma bagi maksud yang disebutkan. Surat itu hendaklah diambil balik selepas habis tempoh pungutan derma itu. 4.5.6.3 Pakaian Seragam Sernua murid yang menjalankan kerja sukarela ini hendaklah memakai sama ada pakaian seragam sekolah atau pakaian seragam badan atau persatuan yang berkenaan (misalnya Persatuan Pengakap dan sebagainya). 4.5.6.4 Keselamatan dan Kebajikan Mund Langkah-langkah yang perlu hendaklah diambil bagi mempastikan keselamatan dan kebajikan murid-murid semasa mereka menjalankan pungutan semasa di dalam ataupun di kawasan luar sekolah. 5. Tanggungjawab Guru Besar Guru Besar adalah bertanggungjawab atas sebarang perkara mengenai pungutan derma yang dijalankan oleh sekolah masing-masing. Jika sekiranya ada sebarang keraguan atau sebarang masalah yang berbangkit, Guru Besar hendaklah menghubungi Pengarah Pelajaran Negeri bagi mendapatkan nasihat dan pandangan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit. 6. Tanggungiawab Pengarah Pelajaran Negeri Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah mengawasi aktiviti-aktiviti pungutan derma yang dijalankan oleh sekolah-sekolah dan mempastikan bahawa laporan lengkap berserta dengan penyata kira-kira pungutan derma dihantar oleh sekolah-sekolah ke Jabatan Pelajaran Negeri. 7. Mematuhi Peraturan-peraturan Peraturan-peraturan di bawah ini adalah peraturan-peraturan yang ada kaitan dengan pungutan derma. Peraturan-peraturan ini di mana ada kaitannya hendaklah dipatuhi apabila menjalankan sesuatu aktiviti pungutan derma iaitu: - 7.1 'School (General) Regulations' 1951, para 57 dan 61. 7.2 M.E.5226/(25) - Surat siaran Kementerian Pelajaran: No. 25 tahun 1959, 'Pungutan (termasok Pungutan rumah ke rumah dan di-Jalan Rava) dan Derma bagi Sekolah2' bertarikh 10hb. September, 1959. 1959. 7.3 KP.8610/(26) - Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. 260, 'Pungutan- pungutan (termasuk pungutan dari rumah ke rumah dan di jalanraya) dan derma bagi sekolah-sekolah', bertarikh 25hb. Oktober, 1963. 7.4 Perj. Sulit 3016/20 - Surat Pekeliling Perkhidmatari Bil. 19 Tahun 1969, 'Sambungan kepada aktiviti2 sokan' bertarikh 13hb. Oktober, 1969. 7.5 KP.8591- 9(11) - Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 11/1976, 'Mengharamkan semua permainan judi di sekolah-sekolah', bertarikh 9hh Oktober,1976. 7.6 KP.8610-3B (15) - Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/77 'Pengelolaan Walkaton Di Sekolah-Sekolah', bertarikh 7hb. September, 1977. 7.7 KP.8610/(30) - Surat Pekeliling, lkhtisas Bil. 9/1977, 'Menganjur dan Menjual Loteri di Sekolah-Sekolah', bertarikh 3hb. Oktober, 1977, 7.8 The House to House And Street Collections Ordinance, 1947. 7.9 Akta 200 - Akta Pungutan Rurnah ke Rumah dan Di Jalan, 1947 (Disemak - 1978). 7.10 'The Schools (Tours) Regulations', 1957. 7.11 KP.8591/Jld.11 /(3) Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4/1983 'lklan/Tajaan Dalam Majalah Sekolah', bertarikh 17hb. Mae, 1983, </p>