Loading ...
Global Do...
News & Politics
350
0
Try Now
Log In
Pricing
<p> ________________________________________________________________________________ _ PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 7, BLOK J, PUSAT BANDAR DAMANSA Tel : 03-2586900 50604 KUALA LUMPUR Fax : 03-2535150 KP(BS)8591/Jld.XVl(17) 16 November 2000 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Bhg. Dato' /Tuan / Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 17 / 2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan melaksanakan apa juga aktiviti yang dianggap dapat memperkukuhkan lagi amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan ras, fenomena seperti ini boleh menggagalkan sebarang usaha ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan harmonis. Dalam hal ini, institusi sekolah berperanan untuk memupuk dan menyemai pengetahuan, kesedaran dan amalan setiap prinsip yang terkandung dalarn Rukun Negara. 2. Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah diminta menubuhkan Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Syarat-syarat penubuhannya adalah sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997. Antara kegiatan yang boleh dijalankan oleh Kelab/Persatuan Rukun Negara adalah seperti yang berikut: 2.1 Menjalin kerjasama antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tertentu seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Sektor Rukun Tetangga serta persatuan komuniti dan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti- aktiviti yang memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan pelajar sekolah yang berbilang kaum dan keturunan; 2.2 Menggalakkan sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja untuk meningkatkan kegiatan yang bercorak integrasi dengan sekolah-sekolah lain melalui aktiviti-aktiviti bersama; dan 2.3 Menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjurus kepada penghayatan semua prinsip Rukun Negara. 3. Walaupun arahan penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara ini ditujukan kepada sekolah menengah, sekolah rendah juga adalah digalakkan untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, sekiranya penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara tidak dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah, usaha yang bersesuaian hendaklah diambil supaya perkara-perkara seperti para 2.1, 2.2, clan 2.3 dapat dilaksanakan. 4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri Y. Bhg. Dato'/ Tuan / Puan. Sekian. Terima kasih. 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' sk 1 . Y.B. Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y.B. Dato'Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Y.B. Dato' Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Y. B. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Ketua Nazir Sekolah 10. Pegawai Perhubungan Awam </p>