<p>
_____________________________________________________________________________________
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 7, BLOK J,
PUSAT BANDAR DAMANSA
Tel : 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR
Fax : 03-2535150
KP (BS/HEP) 8543/041/(28)
10 Mei 2000
Semua Pengarah Pendidikan Negeri,
Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan,
Tambahan Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 2000
Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan
Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah
Tujuan surat edaran ini ialah untuk memberi maklumat tambahan kepada Pekeliling Ikhtisas
Bil. 9/2000 supaya ianya lebih kemas dan lengkap.
2.
Maklumat tambahan tersebut adalah seperti berikut:
2.1 Tanggungjawab Pengetua dan Guru Besar
2.1.1. Sentiasa memberi keutamaan dan peringatan mengenai keselamatan
dan kebajikan pelajar-pelajar semasa berada di kawasan sekolah sama
ada diluar atau dalam bilik darjah dan juga semasa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, aktiviti
sukan dan kokurikulum di luar kawasan sekolah.
2.1.2. Memastikan pengurusan keselamatan dan kebajikan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
aktiviti sukan dan kokurikulum adalah tanggungjawab semua guru dan
dilaksanakan secara kolaboratif
2.2 Tanggungjawab Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Guru Sukan dan
Guru Kokurikulum
2.2.1. Merancang aktiviti dengan teliti dengan mengambil kira ruang dan alatan
yang hendak digunakan itu selamat.
2.2.2 Mempunyai pengetahuan tentang procedur kecemasan dan
memastikan alat bantu mula yang secukupnya bila berlaku sesuatu
insiden.
2.2.3 Mengadakan pelan kontijensi jika berlaku kecemasan dan kemalangan,
2.2.4
Sentiasa membe