<p>xnaik
KP(BS-DSR)/201/002/1(1)
31 MAC 2008
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
Y. Bhg. Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/2008
MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH
DAN PENGGUNAAN PREMIS SEKOLAH OLEH PIHAK LUAR
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum bahawa terdapat agensi-agensi
kerajaan di bawah Kementerian lain termasuk kerajaan-kerajaan negeri yang
menganjurkan program dan aktiviti yang melibatkan guru-guru serta murid-murid
sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai Kementerian yang
diamanahkan terhadap kebajikan dan keselamatan warga sekolah di seluruh negara,
Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat semua penyertaan tersebut hendaklah
mengikut prosedur sedia ada.
2.
Sehubungan dengan
itu, adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat
Jawatankuasa Integriti dan Keutuhan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 24
Mac 2008 telah memutuskan bahawa semua majlis di sekolah seperti Hari Anugerah
Cemerlang, Sukan Tahunan dan Mesyuarat Agung PIBG yang melibatkan majlis
perasmian oleh orang-orang kenamaan atau individu-individu tertentu, hendaklah
memohon kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengarah
Pelajaran Negeri masing-masing.
3.
Walau apa pun, keutamaan hendaklah diberi kepada Yang Berhormat Menteri
Pelajaran, Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran, Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah Pelajaran
Negeri atau wakil-wakil mereka untuk majlis perasmian sama ada di peringkat
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Gabungan/ Daerah mahupun di
peringkat sekolah.
4.
Dalam masa yang sama, semua Pengetua dan Guru Besar adalah diingatkan
supaya mendapatkan pandangan serta kelulusan daripada Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri akan sebarang permohonan untuk menggunakan premis atau
kemudahan sekolah seperti bilik darjah, dewan dan padang permainan dan lain-lain
oleh pihak luar. Ini bertujuan bagi menjamin kesejahtera