Loading ...
Global Do...
News & Politics
184
0
Try Now
Log In
Pricing
<p>Bahagian Sekolali-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian, Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur. Telefon: 2922066 ________________________________________________________________________ KP(BS) 8591/Jld. ll/(40) 13 Januari 1986 Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Malaysia. Y.B. Dato'/Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/ 1986 Larangan Ke Atas Pemberian Cenderamata Sekolah-sekolah biasanya menjemput Menteri Pelajaran,Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran, pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, atau Pejabat Pelajaran Daerah, untuk merasmikan niajIis-majIis yang diadakan di sekolah bagi sesuatu peristiwa penting seperti Hari Penyampaian Hadiah, Hari lbu Bapa, Mesyuarat Agong Tahunan PIBG, Hari Sukan dan seumpamanya. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih plihak sekolah di atas kehadiran tetamu khas tersebut, biasanya cenderamata diberikan dan kadangkala cenderamata ini dibeli dengan harga yang mahal. 2. Atas kehendak Menteri Pelajaran dan Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan memberitahu sekolah-sekolah supaya memberhentikan amalan pemberian cenderamata kepada pihak-pihak yang disebutkan di atas. Larangan ini juga meliputi pemberian cenderamata kepada pihak-pihak tersebut di majlis rasmi di peringkat zon, daerah dan negeri seperti Kejohanan Sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah peringkat daerah atau negeri, atau lain-lain majlis anjuran Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri. Walau bagaimanapun, tidaklah menjadi halangan sekiranya pelajar-pelajar sendiri yang ingin memberikan cenderamata, tetapi pihak sekolah hendaklah mempastikan bahawa cenderamata itu benar-benar hasil kerja pelajar-pelajar itu sendiri. 3. Sekolah-sekolah juga tidak digalak menyediakan 'corsage' atau 'rosette' atau bunga malai yang besar dan mahal untuk tetamu khas dan pihak-pihak lain yang dijemput bagi sesuatu majlis, Sekiranya hendak diadakan juga, corsage atau rosette atau bunga malai hendaklah kecil dan murah harganya. Ini adalah bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan pengelolaan sesuatu majlis. 4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri Y.B. Dato'/Tuan. Sekian. 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' Saya yang menurut perintah, b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia. sk I. Setiausaha Sulit Kanan kepada Y.B. Menteri Pelajaran. 2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Encik Bujang Haji Ulis Timbalan Menteri Pelajaran. 3. Setiausalia Sulit kepada Y.B. Eincik Ng Cheng Kiat Timbalan Menteri Pelajaran. 4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran. 5. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. 6. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pelajaran. 7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I, Kementerian Pelajaran. 8. Timbalan Ketua Pengarali Pelajaran II, Kementerian Pelajaran. 9. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementeiian Pelajaran. 10. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran. 11. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. 12. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran. </p>